i Journal

Thursday, May 06, 2010

Shoot to Kill?

Aku melihat tajuk isu yang paling panas ketika ini, polis tembak remaja(baca: budak).

Maka banyaklah ulasan-ulasan diberi oleh hampir semua medium yang ada di Malaya ini. Termasuk dari kaum keluarga arwah remaja yang meninggal tersebut. Ada yang pro dan tidak kurang yang kontra dengan tindakan pihak polis menggunakan kuasa 'tembakan' untuk memberhentikan kereta yang di pandu oleh (yang kemudiannya didapati adalah) seorang remaja yang keluar malam, memandu laju, melanggar kenderaan lain, di kejar kenderaan lain, di kejar polis peronda, tidak mengendahkan amaran berenti, juga tidak mempunyai lesen memandu(pasti?) tu.

Pendapat aku? agak bersetuju juga dengan komentar yang di tulis di dalam blog
ini

Utusan Malaysia juga menyiarkan berita yang agak serupa pagi ini.
klik sini



Mungkin semua orang tidak berapa sedar dan memberi perhatian tentang fakta-fakta pelaku jenayah yang melibatkan peringkat umur remaja ini:


mat rempit - remaja
ragut - remaja + umur lain pun ada
rogol - remaja + budak sekolah
samun - remaja
black metal - remaja
dadah - remaja

Jadi, kita tidak boleh nak menafikan remaja tidak mempunyai kapasiti yang setanding dengan orang dewasa di dalam melakukan jenayah? Bukanlah maksudnya tembak semua remaja yang ada di luar sana(yang sedang nak buat dan sedang buat jenayah tu...) Tambahan pula di dalam kereta, mana nak tahu siapa pemandunya? Mungkin seorang pak cik berumur 55 tahun yang pandu, mungkin anak pakciknya, juga masih lagi muda remaja.

Kita mungkin biasa lihat di dalam filem, aksi kejar mengejar dengan kereta disusuli tembak menembak. Itu filem, di mana yang pasti agak sukar untuk 'menggayakan' aksi tersebut di alam sebenar. Tanyalah sesiapa yang pernah menembak. Aku percaya tiada niat sedikit pun anggota polis itu 'shoot to kill' suspek. Sebabnya adalah jelas, suspek penjenayah yang sudah menjadi mayat, tiada sedikit pun memberi faedah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang boleh perolehi darinya.

Apapun, kita kena menaruh kepercayaan kepada pihak polis di dalam menjalankan tugas mereka. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah menjadi mangsa penjenayah... tanyalah.. atau kita sendiri yang pernah menjadi mangsa, kepada siapa kita nak pergi? Ahlul politik?... heh heh..

By the way, ini adalah kandungan salinan repot polis yang di buat oleh rakan arwah Aminul Rashid bin Hamzah.

3 Comments:

Post a Comment

<< Home