To hell and back
Telah melihat dua corak 'life' yang agak contrast antara satu sama lain di negara orang. Satu di daerah yang begitu daif dan mundur. Yang satu lagi penuh dengan kemewahan yang melampau. Perbandingan dengan apa yang ada di Malaya amat jauh berbeza. Kita di Malaya ada yang extreme daif dan ada juga yang kaya terlampau. Sehinggakan yang ala ala imej seperti dipaparkan dalam Slumdog Millionaire filem yang paling kotor dan paling jijik aku pernah 'tertonton'. Suku jalan cerita, aku terus padam.. entah apa apa lah cerita siap boleh dapat anugerah lagi. Itu di India. Sesiapa yang dah bosan dengan Malaya, dipersilakanlah berhijrah ke sana. Mana tahu boleh berubah nasib masuk pertandingan yang macam tu.
Membaca kisah sedih seorang ibu yang hanya ada lebihan duit sebanyak RM2.00 dalam beg, kemudian beg itu di ragut dengan begitu kejam oleh seorang anak pribumi Malaya sendiri sehingga menyebabkan kematian; sungguh menyayatkan hati. Dan anak Malaya itu di percayai seorang penagih dadah. Orang berbunuh bunuhan dan mati semasa perang, itu normal. Tetapi kita berbunuh bunuhan semasa aman. Itu hilang akal. Kutbah jumaat semalam dianggarkan 70% penagih dadah di bumi Malaya ini adalah anak-anak pribumi Melayu yang 'berdaftar' sebagai beragama Islam.
Rempit.
Pengarah kata, dia buat 'fardhu kifayah' dengan menerbitkan filem-filem berunsur sosial untuk tatapan umum. Khalayak ramai berkata, filem-filem seperti inilah yang banyak mempengaruhi dan merosakkan akhlak anak-anak muda di Malaya ini. Sekarang akhlak siapa yang rosak? Pengarah filem? Anak muda(Melayu) yang merempit? Penonton wayang? Orang politik?
Sudah teruk sangat orang-orang di Malaya ni.
Dikepilkan bersama-sama dengan ini cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah gejala mat-mat rempit.
1.Pihak berkuasa dibenarkan menembak motor-motor mat rempit jika tidak berhenti seperti diarahkan semasa mat rempit sedang menunggang melarikan diri. Hanya motor sahaja, cuba elakkan peluru dari terkena kepada mat rempit. Hukuman yang akan dilaksanakan ini hendaklah diwarwarkan di seluruh negara biar semua orang maklum.
2.Lepaskan mat rempit itu selepas motor itu sudah hancur di tembak, ambil butiran peribadi mereka, buat pemeriksaan kesihatan sambil katakan kepadanya, "minta maaf fasal motor tu". Kita tengok samada jika mereka berani mengulang perangai merempit itu di masa depan.
3. Jika orang yang sama terlibat merempit lagi, bawa mereka ke dalam satu bilik gelap dan tayangkan video kontroversi 'Suara dari Kubur'. Selepas mereka menontonnya berikan segulung kain putih sambil suruh mereka balik ke rumah masing-masing.
4.Jika didapati masih juga merempit cum meragut, pakaikan 'auto release parachute'. Bekalkan passport Malaya sedikit air dan makanan, minta kebenaran untuk melalui airspace Andkhoi, Helmand atau yang sewaktu dengannya. Gugurkan mereka-mereka ini dari kapalterbang dan kita lihat samada mereka boleh survive di daerah bergolak itu. Bukankah mereka ini perasan hebat dan terlebih 'senang' di negara sendiri dan perlukan sedikit dorongan yang lebih mencabar?

5.Segala kos operasi hendaklah di tuntut dari ibubapa mat mat rempit dan ragut tersebut, jika masih ada. Jika tidak mampu, buatkan skim pinjaman khas. Kalau penjamin(pinjaman)yang tidak menerima apa-apa manfaat pun boleh menerima tindakan sama dengan peminjam, apakan bezanya seorang peragut; heret sama keluarga mereka untuk menanggung kos tersebut.
Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan untuk kelulusan pihak berkuasa.Halash.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home