i Journal

Tuesday, May 05, 2009

ENT

Ada banyak sebab seseorang itu lebih banyak mendiamkan diri dari berkata-kata, atau menegur dan memberi tunjuk ajar secara 'percuma' kepada orang lain. Mungkin beliau hanya menunggu jika ada apa-apa pertanyaan, barulah dia membuka mulut. Atau mungkin dia sedang sakit mulut, tercekik tulang, atau sakit tekak/kerongkong, maka itu menghadkan percakapannya. Atau pun mungkin bisu?

Selepas hampir 2 minggu hilang kebolehan untuk berkata-kata, barulah aku faham apa itu nikmat bercakap dan makan. Kerongkong aku yang sakit ini, sehinggakan menelan air(dan air liur) pun seksa. Barulah kini aku terasa amat mensyukuri kelebihan kita yang boleh berkata-kata dan dapat menyuapkan makanan masuk ke perut kita melalui mulut dan kerongkong kita...

Sudah lebih 3 doktor, 2 ustaz dan perubatan tradisional, akhirnya Alhamdullillah aku telah sembuh sepenuhnya. Dan aku akan menjadi seorang yang lebih pendiam dan bercakap dalam nada yang perlahan dan berhati-hati serta berhemah sahaja selepas ini...

wasalam..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home