Dunnia yang semakin 'mengecil'

Bumi kita sekarang sudah terasa menjadi semakin 'mengecil'. Kecil bukan dari segi saiz tetapi dari segi ruang, jarak dan kesampaian/kecapaian. Tidak lama dahulu tidak dapat dibayangkan bagaimana mungkin semua yang ada(teknologi) di depan kita dapat menterjemahkan segala-galanya itu. Suatu masa dahulu juga aku pernah terbayangkan kita menonton wayang/filem meggunakan sesuatu yang menyerupai rekod piring hitam yang popular sekitar tahun 60an' dan 70an'. Juga penggunaan tenaga matahari untuk menjana elektrik, menunda sebuah pesawat angkasa di atas sebuah pesawat biasa sehingga ke altitud teratas lapisan oksigen bumi sebelum dilancarkan pesawat angkasa itu ke angkasa lepas. Idea ini timbul sebelum NASA membuatnya lagi. Itu semasa aku di sekolah rendah, cikgu kata kapalterbang jet perlukan oxigen untuk membakar fuel injin jet tetapi kapal angkasa tidak perlu. Semasa itu aku fikir adalah membazir untuk sesebuah kapal angkasa itu di lancarkan dari permukaan bumi dan menggunakan oksigen yang dibawanya itu, jadi lekatkan dia dengan sebuah pesawat biasa. Jadi oxigen yg di bawa boleh dijimatkan... woha!! Banyak imaginasi dulu tu...

Tetapi dengan semua kemajuan tersebut membuatkan semuanya menjadi lebih mudah dan lebih kecapaiaan. Contohnya seperti kemudahan internet ini. Dahulu jika bekerja begitu jauh, hanya suratlah dapat seseorang itu berhubung. Jika berduit; talipon, tetapi dengan kos yang amat mahal dan tidak termampu oleh kita.
Cara kita bergerak, menghantar dokumen, perbankan, mohon kerja, koordinasi logistik, hiburan, music, menyimpan data juga banyak di pengaruhi oleh teknologi terkini.
Dan dengan kegiatan 'penghijauan' padang fasir di bumi Arab, semakin bertambah bangunan-bangunan pencakar langit di sini, maka tidak syak lagi kita sudah semakin hampir ke penghujung umur dunia. Kita telah berada di akhir zaman. Period.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home